Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, August 11, 2012

mugkinkah ini jalan terakhir??




Untuk apa lagi kita meneruskan
Andai tiada kemesraan
Teramat sayang untukku buang
Namun pahitnya untukku telan

Suatu masa dulu engkaulah penyeri
Tetapi kini tiada lagi
Bukan salah aku putus percintaan
Kau yang dahulu memulakan

Keegoan diri tak pernah kau akui
Hingga ku sering memakan hati
Jika sekali dua itu tak mengapa

Masih mampu kupertahankannya
Berkali ku suarakan sekerasnya kau nafikan
Bukan salah kata akhir jalan terbaiknya untuk kita
Walau hati masih sayang,walau hati kan berdarah
Kuterpaksa melangkah...

Biarlah aku bertemankan sepi
Dari tergantung tidak bertali
Dari tergantung tidak bertali

saya rasa awak patut tahu semua nii.. sebab sekarang ni everything went wrong! saya sendiri tak faham kenapa kita jadi macam ni,salah saya tau salah awak.jadi,biar saya bagi tau awak ape yang saya rasa selama ni.mungkin ada yang awak tak penah tau pon macam mana hati seorang perempuan..

kita dah bersama sejak empat tahun lepas lagi..awak datang bila saya tak ada dah keyakinan pada lelaki.time tu saya rasa macam the end of my life..i wanna be a play girl whom just play around to hurt men like they do.sebenarnya awak salah seorang daripada mereka.tapi bila saya dah kenal awak,saya tau awak lelaki yang baik.awak terima saya seadanya sampai saya terfikir ada lagi ke lelaki macam awak.awak ajar saya bagaimana erti sayang,bahagia,rindu,sakit dan sedih.sampai saya pernah terbangun daripada tidur dan menangis sebab takut kehilangan awak.tapi awak mesti tak pernah tau kan semua tu..

saya membesar bersama awak.kita lalui suka duka hidup sama-sama.saya ingat lagi time sekolah dulu saya sanggup kumpul duit syiling banyak-banyak dan redah hujan dengan guruh yang kuat semata-mata nak call awak kat public phone hostel time tu.kawan-kawan saya gelakkan saya sebab saya sanggup jadi bodoh macam tu sebab terlalu rindukan awak..awak ingat lagi awak pernah cakap kita perlu loss contact sampai habis SPM sebab awak nak focus study.saya terlampau sedih bila awak cakap macam tu walaupun kita baru je bersama..saya fikir lebih baik kita berpisah selama-lamanya daripada saya terus merindui awak..

awak pujuk saya bila saya menangis.awak kata awak janji bila kita dah habis exam,kita akan luangkan masa sepenuhnya..tapi apa yang dah jadi?awak tinggalkan saya macam orang yang tak ada perasaan sorang-sorang..saya call,mesej awak berkali-kali.awak tak balas.dan saya dapat tau rupa-rupanya awak pergi bercuti dengan kawan-kawan awak kat genting.sakit hati tahu x? kali kedua,awak tinggalkan saya lagi.dengan hanya perkataan kita berpisah.awak tak bagi penjelasan kepada saya kenapa awak minta perpisahan tu..sekali lagi,saya merayu-rayu awak tiap-tiap hari.saya menangis lagi..tiap-tiap hari saya hantar mesej kepada awak,saya ceritakan pada awak apa yang saya rasa.tapi satu pun awak tak balas.

awak datang kembali untuk kemaafan.awak kata awak tinggalkan saya selama sebulan sebab awak ada banyak masalah dan tak nak saya ternanti-nantikan awak.hati perempuan lembut.dia akan maafkan orang yang dia sayang.kita kembali seperti dulu.kemudian,selepas pertemuan kita yang pertama,saya nampak awak semakin berubah.saya nampak kesungguhan awak dalam hubungan kita.saya bahagia!tapi selepas 4 tahun,sekarang awak pun ada kerjaya sendiri,awak kembali seperti dulu.. saya akui awak cuba untuk penuhi keperluan saya,tapi bukan wang yang saya minta.saya hanya inginkan awak di sisi.temani saya.berkali-kali awak tinggalkan saya disebabkan kesibukan awak yang mengalahkan perdana menteri tu.sehingga tiada lagi air mata saya untuk awak.salah saya ke semua ni jadi?

kini,tiada lagi angan-angan saya untuk jadi peneman hidup awak.tiada lagi bayangan awak akan menjadi bapa kepada anak-anak saya.hati saya terlalu sakit.harapan yang saya ada dulu dah semakin kabur.saya rela awak salahkan saya jika perpisahan terjadi kerana hati ni dah tak mampu untuk disakiti lagi.sayang,biarlah saya pergi..